Jiran

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Tidak Masuk Syurga Memudaratkan Jiran

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ لَا يَأْمَنُ جَارُهُ بَوَائِقَهُ

Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tidak akan masuk syurga, orang yang jiran tetangganya tidak aman dari bahayanya.” (HR Muslim No: 66) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

  1. Berbuat baik dan memuliakan jiran tetangga adalah pokok kehidupan bermasyarakat yang bahagia dan harmoni.
  2. Keberadaan kita sebagai jiran sentiasa dirasai bermanfaat dan membawa keamanan dan kesejahteraan.
  3. Jadilah jiran yang mendorong orang lain menjadi baik dan bahagia di dunia dan akhirat.
  4. Elakkan menganggu jiran atau melakukan perkara yang memudaratkan jiran sama ada dengan perbuatan mahupun perkataan.
  5. Tidak akan masuk syurga seseorang yang dengan sebab perbuatan atau perkataannya, menyebabkan jirannya mendapat mudarat dan musibah.

21hb Mac 2019
14hb Rejab 1440H